Sunday, July 18, 2010

Sejarah SJK (C) Ladang Bukit Kledek di Tampin sehingga pemindahan ke Nilai...

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Bukit Kledek ditubuhkan pada tahun 1948. Ia terletak di dalam sebuah lading getah yang bernama Ladang Bukit Kledek, satu tempat yang terpencil di pinggir Negeri Sembilan. Pada asalnya, tujuan sekolah ini ditubuhkan ialah untuk menjaga anak-anak pekerja lading ini disamping memberi pendidikan formal. Sebelum kemerdekaan, sekolah ini dinamakan SRJK(C) YUK CHIAU yang membawa maksud “mendidik anak-anak bangsa di seberang laut”. Setelah kemerdekaan, nama sekolah ini telah ditukar menjadi SRJK(C) LADANG BUKIT KLEDEK sehingga hari ini. Pada peringkat awal sekolah ditubuhkan, ia adalah bertempat di sebuah rumah pekerja yang dimiliki oleh Ladang Bukit Kledek. Rumah itu hanya mempunyai sebuah bilik darjah. Sumber kewangan bagi menguruskan sekolah ini ialah hasil sumbangan serta derma daripada pengurus lading dan pemimpin-pemimpin kaum Cina (En. Yee Yen Lai, En. Tham En, En. Lye Joo Sen, En. Lee Fah San, En. Tong Kim Joo, En. Tong Kee Ming, En. Too Kee Jiap, En. Lee Hong dan En. Koo Ying Sen). Pada tahun 1963, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru diatas permintaan Guru Besar dan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi penggunaan kedua-dua buah sekolah dalam lading tersebut, iaitu SRJK(C) Ladang Bukit Kledek dan SRJK(T) Ladang Bukit Kledek. Bangunan ini mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Bangunan ini digunakan oleh kedua-dua buah sekolah tersebut secara bergilir-gilir, pada silang pagi dan petang. Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah, maka sekolah ini pun memohon kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan sekolah yang baru bagi menembung keperluan. Pada tahun 1982, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk membina sebuah bangunan yang mengandungi dua buah bilik darjah. Perbelanjaan berlebihan disumbang oleh orang ramai. Pada tahun 1986, sebuah bilik guru telah dibina. Pada tahun 1990, sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada kerajaan untuk membina sebuah pusat sumber. Akan tetapi, mulai tahun 1991, sekolah ini menghadapi masalah kekurangan murid. Ramai pekerja kaum Cina telah berpindah dari lading kerana pendapatan rendah dan ingin mencari rezeki yang lebih lumayan di luar. Mulai tahun 1996, bilangan murid semakin kurang sehingga tidak melebihi 10 orang. Memandangkan keadaan yang serius ini, maka Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bercadang supaya sekolah ini dipindah ke suatu lokasi dimana ada keperluannya daripada kaum Cina. Atas bantuan dan kerjasama beberapa pihak, sekolah ini telah berhenti beroperasi di Ladang Bukit Kledek, serta mula beroperasi di tapak yang baru, iaitu Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, pada 1 Januari 2010. Kini, sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 6 ekar, beralamat NO. 5, PERSIARAN KOLEJ BBN, PUTRA NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN. Tanah sekolah serta kos pembinaan blok pentadbiran dan blok pengajaran dibiayai oleh Tan Sri Dato’ Gan Kong Seng, pemaju perumahan Bandar Baru Nilai. Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah telah disempurnakan pada 7 Julai 2009. Terdapat 7 buah bilik dan tandas di blok pentadbiran, manakala 9 buah bilik darjah di blok pengajaran. Ia juga dilengkapi dengan kantin dan tempat menunggu. Pada 1 April 2010, enrolmen sekolah ini ialah seramai 101 orang. Bilangan kelas ialah 5 kelas, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Tenaga pengajar seramai 10 orang dan seorang pembantu tadbir. Guru Besar sekarang ialah En. Chen Thean Siong, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ialah En. Lee Cong Meeg, Pengerusi PIBG ialah En. Bryan Chong Wah San.



Papan tanda sekolah


Bangunan sekolah


Kantin sekolah


Bangunan Pentadbiran


Bangunan sekolah

Tentang perpustakaan kita...

Perpustakaan SJK (C) Ladang Bukit Kledek terletak di tingkat 2 dalam bangunan pentadbiran, ia berada di sebelah bilik BOSS sahaja. Dalam perpustakaan, terdapat 4000 buah buku termasuklah buku pelbagai bahasa, buku fiksyen, dan buku bukan fiksyen telah diperolehi kepada pelajar-pelajar meminjam

Pintu Perpustakaan


Perpustakaan


Tempat duduk Perpustakaan


Kata-kata rangsangan


Rak buku